1. Siapa yang boleh mendaftar eSIM melalui CelcomDigi Online Store?
Anda layak jika anda:
Pelanggan Postpaid baharu (Talian Utama atau Talian Tambahan)
Beralih ke CelcomDigi Postpaid dari telco lain (port masuk)
Pengguna sedia ada CelcomDigi yang menukar SIM fizikal kepada eSIM, menggantikan eSIM yang hilang, atau memulihkan profil eSIM yang terpadam secara tidak sengaja
2. Apakah itu eSIM?
eSIM ialah SIM digital terbina dalam yang membolehkan anda mengaktifkan talian mudah alih tanpa kad SIM fizikal. Ia selamat, mudah dan sesuai untuk peranti moden.
3. Pelan manakah yang layak untuk eSIM?
Pelan Yang Layak & Jenis Permintaan adalah seperti berikut:
Jenis Pendaftaran | Jenis Pelan | Pelan Kelayakan |
Pendaftaran Baru | Talian Utama |
|
Pendaftaran Baru | Talian Tambahan |
|
Fizikal SIM ke eSIM | Tukar ke eSIM |
|
eSIM ke eSIM | Penggantikan eSIM |
|
4. Bagaimana saya tahu jika peranti saya menyokong eSIM?
Sila rujuk di sini untuk melihat senarai penuh peranti yang menyokong eSIM.
5. Apa maksud "pertukaran eSIM"?
Ia bermaksud menukar SIM semasa anda (fizikal atau eSIM sedia ada) kepada profil eSIM baharu. Ini biasanya dilakukan apabila anda menukar peranti, menggantikan SIM yang hilang, atau memulihkan profil eSIM yang telah dipadam.
6. Berapa kos untuk menukar kepada eSIM?
Buat masa ini, pertukaran kepada eSIM adalah percuma (RM0). Namun, jika anda ingin menukar kembali kepada SIM fizikal selepas itu, caj sebanyak RM10 akan dikenakan.
7. Berapa lama masa untuk saya menerima eSIM saya?
Anda akan menerima kod QR eSIM dalam tempoh 20 minit selepas pembayaran berjaya.
8. Saya belum terima e-mel eSIM saya – apa yang perlu saya buat?
Sila semak folder spam/junk anda. Jika masih tidak diterima selepas 1 jam, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui panggilan atau WhatsApp di +6016-333 1111.
9. Bolehkah saya dapatkan semula kod QR jika saya hilang e-mel tersebut?
Ya. Kami boleh menjana semula kod QR eSIM anda. Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui WhatsApp.
10. Bagaimana saya mengaktifkan eSIM saya?
a. Imbas kod QR atau masukkan kod secara manual apabila anda dapat eSIM baharu atau tukar ke eSIM
Ikuti arahan langkah demi langkah dalam e-mel anda. Pastikan anda disambungkan ke Wi-Fi. Jika pengimbasan kod QR tidak berjaya, anda boleh masukkan maklumat secara manual:
Pergi ke Tetapan telefon anda > Mudah Alih/Selular > Tambah eSIM
Pilih "Masukkan maklumat secara manual" dan masukkan kod pengaktifan daripada e-mel anda
Jika anda tidak pasti, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan lanjut.
b. Pindahkan eSIM daripada iPhone lama ke iPhone baharu
Pada iPhone baharu anda, pergi ke Tetapan (Settings) > Perkhidmatan Mudah Alih (Mobile Service) > Tetapan Perkhidmatan Mudah Alih (Set up Mobile Service)
Pilih nombor telefon yang ingin dipindahkan, dan ketik Transfer pada iPhone baharu apabila diminta
Pada iPhone lama anda, ketik Transfer apabila diminta
eSIM berjaya diaktifkan
c. Jika anda sedang menyediakan iPhone baharu, anda juga boleh lakukan ini semasa pengaktifan:
Hidupkan iPhone baharu anda
Sambung ke Wi-Fi dan log masuk dengan Apple ID
Lengkapkan tetapan awal
Pilih nombor mudah alih untuk dipindahkan
Masukkan OTP yang diterima di iPhone lama ke iPhone baharu
Perkhidmatan mudah alih akan dikonfigurasi secara automatik
Ketik Teruskan untuk lengkapkan tetapan lain
eSIM berjaya diaktifkan
11. eSIM saya telah dipasang tetapi saya tidak boleh membuat panggilan atau menggunakan data?
Pastikan perkara berikut:
eSIM anda telah diaktifkan dengan berjaya
Profil eSIM ditetapkan sebagai Talian Utama untuk data dan panggilan
Ciri VoLTE diaktifkan pada peranti anda
Jika isu berterusan, sila cuba hidup semula telefon anda atau hubungi Khidmat Pelanggan CelcomDigi melalui panggilan atau WhatsApp di +6016-333 1111 untuk bantuan lanjut.
12. Saya kehilangan telefon yang mengandungi eSIM atau saya telah memadam eSIM secara tidak sengaja.
Hubungi kami segera supaya kami boleh menyekat talian anda. Apabila anda bersedia, kami akan bantu anda untuk memasang eSIM baharu pada peranti pengganti anda.
13. Apa yang berlaku selepas saya melengkapkan pembelian pertukaran eSIM?
Selepas pembelian berjaya, SIM fizikal nda akan dinyahaktifkan. Sila semak e-mel daripada kami dengan tajuk: "Maklumat pengaktifan eSIM CelcomDigi anda telah sedia."
14. Bagaimana jika saya mendapati telefon saya tidak menyokong eSIM selepas pembelian?
Anda perlu mengunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi untuk memohon penggantian SIM fizikal.