Voice over WiFi (VoWiFi) ialah keupayaan untuk membuat dan/atau menerima panggilan & SMS melalui sambungan WiFi. VoWiFi membolehkan panggilan melalui WiFi apabila isyarat mudah alih dalam keadaan terhad atau tiada isyarat. VoWifi merupakan panggilan secara langsung yang mudah, selagi pengguna mempunyai telefon yang sesuai dengan VoWiFi yang telah diaktifkan. Tambahan pula, VoWiFi secara lancar bertukar kepada WiFi semasa panggilan aktif apabila berpindah daripada 4G yang lemah kepada WiFi yang kuat.
Syarat-syarat
Pastikan anda mempunyai:
VoLTE dalam keadaan aktif
Peranti yang menyokong VoWiFi
Wi-Fi dalam sambungan
Aktifkan ciri panggilan Wi-Fi pada peranti
Pengaktifan VoWiFi
Sebelum anda mengaktifkan VoWiFi, sila pastikan perkara berikut:
Peranti anda menggunakan sistem operasi terkini
Peranti anda mempunyai ciri panggil Wi-Fi
Logo VoLTE terpapar pada bar status anda
Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan panggilan Wi-Fi pada peranti anda:
iOS
Langkah 1: Pergi ke 'Tetapan'
Langkah 2: Tekan ‘Selular’
Langkah 3: Tekan ‘Panggilan Wi-Fi’ dan aktifkan ‘Panggilan Wi-Fi (iPhone Ini)’.
Android
Langkah 1: Pergi ke ‘Tetapan’
Langkah 2: Skrol ke bawah dan tekan 'Rangkaian & Internet' atau pilihan yang serupa bergantung kepada peranti anda
Langkah 3: Tekan ‘Panggilan Wi-Fi’ atau ‘Keutamaan Panggilan Wi-Fi’ dan aktifkan.
Setelah diaktifkan, anda akan dapat melihat ikon pada bahagian atas skrin peranti yang menunjukkan VoWiFi aktif. Ini juga akan bergantung kepada jenama/model peranti yang berbeza.
Kadar Caj
Caj untuk panggilan VoWiFi akan seperti jadual di bawah:
Dari | Ke | Caj |
Malaysia | Nombor Malaysia | Kadar pelan panggilan anda |
Nombor luar negara | Kadar IDD | |
Luar Malaysia | Nombor Malaysia | Kadar pelan panggilan anda |
Nombor luar negara | Kadar IDD |
Kadar istimewa zon komuniti ialah tidak berkenaan untuk panggilan Wi-Fi
Ciri Panggilan yang Tersedia pada VoWiFi
Ciri | Ketersediaan |
Panggilan Menunggu | Ya |
Tahan Panggilan | Ya |
Pemajuan Panggilan | Ya |
CLI-P (Caller Line Identification-Presentation) | Ya |
CLI-R (Caller Line Identification- Restriction) | Ya |
Penggunaan Data
Panggilan VoWiFi tidak akan menggunakan sebarang kuota data yang telah diperuntukkan dalam pelan mudah alih anda. Walau bagaimanpun, ia akan menggunakan kuota data dari peruntukan data WiFi. Apabila anda membuat panggilan daripada aplikasi percuma, kuota data anda akan digunakan.
Tidak Dapat Membuat Panggilan
Antara faktor-faktornya adalah:
VoWiFi memerlukan isyarat Wi-Fi yang kuat dengan sekurang-kurangnya 25 kbps jalur lebar untuk sambungan automatik. Anda boleh berpindah ke kawasan dengan kekuatan isyarat yang lebih baik.
Jika rangkaian Wi-Fi mempunyai halaman log masuk (portal tawanan), anda perlu log masuk dengan nama pengguna/kata laluan yang disediakan.
Beberapa rangkaian Wi-Fi awam mungkin telah menyekat perkhidmatan panggilan Wi-Fi.
Rangkaian Wi-Fi peribadi (contohnya, WiFi syarikat) mungkin mempunyai dasar untuk menyekat panggilan WiFi.
Periksa jika peranti anda memenuhi keperluan untuk perkhidmatan VoWiFi.
Pastikan talian anda tidak disekat, digantung, atau ditamatkan; jika tidak, anda tidak akan dapat menggunakan VoWiFi.
Senarai Peranti yang Disokong