Pelanggan yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat laporan mengenai penipu yang menyamar sebagari wakil jualan CelcomDigi. Mereka akan menghubungi pelanggan Celcom/Digi melalui panggilan telefon/panggilan WhatsApp untuk menawarkan tawaran menarik seperti penghapusan bil pascabayar percuma/3 bulan.
Wakil jualan CelcomDigi palsu akan meminta pelanggan untuk berkongsi OTP mereka untuk menerima tawaran tersebut. Sementara itu, penipu sebenarnya sedang melakukan pembelian kandungan, tambah nilai atau transaksi pembayaran bil ke nombor telefon mereka untuk mengenakan baki kredit prabayar atau bil pascabayar mereka. Mereka juga mungkin log masuk ke aplikasi Celcom Life atau MyDigi anda untuk tujuan penipuan.
Penipuan ini akan berjaya sekiranya pelanggan berkongsi OTP dengan wakil jualan CelcomDigi palsu, dan jumlah transaksi akan dikenakan kepada akaun Celcom/Digi pelanggan.
Perkara yang perlu diingat:
Jangan berkongsi maklumat peribadi atau kod OTP dengan sesiapa pun, walaupun mereka mengaku sebagai pegawai CelcomDigi atau wakil jualan.
Jangan klik pada mana-mana pautan yang mencurigakan yang diberikan.
Sila rujuk laman web rasmi untuk sahkan promosi.
Sila jangan percaya tawaran yang terlalu baik untuk menjadi kenyataan, terutamanya dari orang yang tidak dikenali.
Sila laporkan mana-mana nombor yang mencurigakan kepada pengendali mudah alih anda.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.