Jika anda tidak dapat menerima kod OTP/ TAC, ini mungkin disebabkan oleh:
Perkhidmatan dalam mod tidak aktif (tidak digunakan untuk jangka masa yang lama)
SMS premium tidak diaktifkan/ dibenarkan dalam tetapan peranti anda
Berikut adalah beberapa cara untuk memperbaiki masalah dari peranti anda sendiri:
Langkah 1: Periksa folder spam anda. Jika anda mempunyai aplikasi Truecaller di peranti anda, sila periksa folder spam pada aplikasi tersebut juga.
Langkah 2: Hantar 'SMS IN' ke kod pendek peniaga. Sebagai contoh, jika anda cuba menerima kod TAC dari Maybank, hantar 'SMS IN' ke 66628 (kod pendek Maybank).
Langkah 3: Restart peranti anda.
Langkah 4: Aktifkan SMS premium dalam tetapan peranti anda.
Buka tetapan peranti anda > Cari 'Akses Khas' atau 'Akses SMS Premium' > Pilih 'Sentiasa Benarkan'