Ini adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan jika anda mengalami masalah rangkaian seperti berikut:
Tidak dapat membuat atau menerima panggilan
Internet perlahan
Langkah 1: Klik pada logo di bawah untuk menyemak status rangkaian di kawasan anda. Pastikan bahawa tiada gangguan perkhidmatan.


Langkah 2: Semak baki akaun melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi.
Jika talian pascabayar anda disekat disebabkan bil tertunggak, sila bayar bil tertunggak anda melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi, JomPAY atau perbankan atas talian.
Jika baki prabayar anda tidak mencukupi, sila tambah nilai untuk menambah baki.
Langkah 3: Semak tetapan peranti anda dan hidupkan semula telefon anda.
Dalam tetapan peranti anda, pastikan mod pesawat dimatikan.
Aktifkan VoLTE untuk menikmati panggilan berkualiti tinggi tanpa bunyi latar belakang. Klik di sini untuk mengetahui cara mengaktifkan VoLTE pada peranti anda.
Jika anda menghadapi masalah internet yang perlahan di rumah, aktifkan VoWiFi untuk membuat/ menerima panggilan melalui Wi-Fi rumah anda. Kami syorkan anda untuk menghidupkan VoWiFi jika anda mempunyai Internet fiber di rumah. Klik di sini untuk mengetahui cara mengaktifkan VoWiFi pada peranti anda.
Jika anda melancong ke luar negara, pastikan anda telah mengaktifkan perkhidmatan perantauan anda. Semak melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi dan hidupkan perkhidmatan peratauan dalam tetapan peranti anda.
Aplikasi Celcom Life > Penggunaan > Perantauan
Aplikasi MyDigi > Tetapan > Langganan Saya > Perantauan Antarabangsa
Langkah 4: Matikan sebarang pemajuan panggilan atau pelencongan panggilan.
iPhone
Langkah 1: Pergi ke 'Tetapan'
Langkah 2: Skrol ke bawah dan tekan 'Telefon'
Langkah 3: Tekan 'Pemajuan Panggilan'
Langkah 4: Alihkan togol ke kiri untuk mematikan panggilan.
Android
Langkah 1: Buka 'Tetapan'
Langkah 2: Pilih 'Tetapan Panggilan'
Langkah 3: Cari pilihan 'Pemajuan Panggilan' atau 'Tetapan Panggilan'
Langkah 4: Matikan 'Pemajuan Panggilan'.
Langkah 5: Tetapkan semula tetapan rangkaian telefon anda
Model Telefon | Panduan Penetapan Semula Rangkaian |
Apple |
|
Samsung | Pergi ke Tetapan > Pengurusan Umum > Tetap Semula > Tetap Semula Tetapan Rangkaian > Tetap Semula Tetapan > Pilih Tetap Semula. |
Huawei | Pergi ke Tetapan > Sistem & Kemaskini > Tetap Semula > Pilih Tetap Semula Tetapan Rangkaian, kemudian ikuti arahan di skrin untuk menetap semula tetapan rangkaian. |
Vivo | Pergi ke Tetapan > Pengurusan Sistem/ Sistem > Pemulihan & Tetapan Semula/ Pilihan Tetapan Semula, tetapkan semula tetapan rangkaian dan cuba lagi. |
Oppo | Go to Settings > Additional Settings > Back up and Reset > Reset Phone > Reset Network Settings > Reset network settings again Pergi ke Tetapan > Tetapan Tambahan > Salinan Simpanan dan Tetapan Semula > Tetapkan semula Telefon > Tetapkan semula Rangkaian > Tetapkan semula tetapan rangkaian lagi |
Langkah 6: Kemaskini sistem operasi telefon anda untuk memastikan anda menggunakan versi terkini. Untuk menyemak sistem operasi semasa, pergi ke tetapan peranti anda dan pilih 'Kemaskini Perisian'.