Pembayaran melalui Celcom/ Digi untuk Google Play Store membolehkan anda membuat pembelian langganan digital pada mana-mana peranti Android dengan membayar melalui bil bulanan atau baki prabayar Celcom atau Digi anda.
Menetapkan Pembayaran melalui Celcom/ Digi
Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk tetapan sekali:
Langkah 1: Dari aplikasi yang ingin anda beli, klik pada butang harga
Langkah 2: Terima syarat akses
Langkah 3: Klik 'Teruskan' untuk menetapkan kaedah pembayaran
Langkah 4: Pilih 'Aktifkan Bil Celcom/ Digi'
Langkah 5: Masukkan nama dan alamat anda - sebagai rujukan bil
Langkah 6: Pilih 'Beli' untuk meneruskan pembelian dengan pembayaran Celcom/ Digi
Langkah 7: Masukkan kata laluan Google anda dan pilih 'Sahkan'.
Pembelian Aplikasi
Kebanyakan aplikasi boleh dimuat turun secara percuma. Walau bagaimanapun, sesetengah aplikasi memerlukan pembelian atas dasar freemium. Freemium bermaksud aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma tetapi mempunyai pembelian dalam aplikasi. Pembelian dalam aplikasi adalah kredit/ point yang perlu anda beli semasa menggunakan aplikasi, kebanyakan terpakai dalam permainan.
Selepas pembelian, anda akan menerima pemberitahuan melalui emel ke ID emel Google anda, dan aplikasi yang dibeli akan muncul di bawah bahagian 'Aplikasi Saya' di Google Play Store. Sejarah terperinci transaksi anda di Google Play juga tersedia di laman Google Wallet anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembelian di Google Play, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
Menggunakan aplikasi Play Store
Langkah 1: Pada peranti mudah alih anda, buka Play Store
Langkah 2: Di bahagian kanan atas, klik pada ikon profil anda
Langkah 3: Klik 'Bayaran & langganan' > 'Bajet & Sejarah'
Langkah 4: Klik 'Sejarah pembelian'.
Menggunakan play.google.com
Langkah 1: Pergi ke Laman Web Google Play
Langkah 2: Pada bahagian kanan atas, pilih ikon profil anda
Langkah 3: Pilih 'Bayaran & langganan' > 'Bajet & Sejarah pesanan'
Langkah 4: Semak pesanan anda.
Menggunakan pay.google.com
Di komputer anda:
Langkah 1: Pergi ke Laman Web Google Pay
Langkah 2: Untuk melihat sejarah pesanan:
Pesanan individu: Klik 'Aktiviti'
Langganan: Klik 'Langganan dan perkhidmatan'
Di peranti mudah alih anda:
Langkah 1: Pergi ke Laman Web Google Pay
Langkah 2: Di bahagian kiri atas, tap 'Menu'
Langkah 3: Untuk melihat sejarah pesanan:
Pesanan individu: Klik 'Aktiviti'
Langganan: Klik 'Langganan dan perkhidmatan'
Membatalkan Pembelian
Anda boleh membatalkan pembelian selagi ia berada dalam tetingkap dasar bayaran balik Google (2 jam). Dari Google Play Store, pilih aplikasi yang dibeli dan anda akan melihat pilihan untuk meminta bayaran balik.
Melaporkan Caj Tidak Dikenalpasti
Untuk kandungan digital (contohnya, filem, buku, dan lain-lain), aplikasi, item dalam aplikasi dalam masa 65 hari selepas pembelian dan pengguna mempunyai akaun Google, sila isi borang ini. Jika tidak, sila hubungi Google Play.
Untuk aplikasi dan item dalam aplikasi selama 65 hari pembelian, sila hubungi pembangun aplikasi. Rujuk artikel ini tentang cara menghubungi pembangun aplikasi Android.