Bayar melalui Celcom/ Digi atau Pay via Celcom/Digi membolehkan anda membuat pembelian langganan digital seperti pembelian dalam aplikasi dari App Store, iTunes Store, melanggan Apple Music, membeli penyimpanan iCloud dan lain-lain pada mana-mana peranti Apple dengan membayar melalui bil bulanan atau baki prabayar Celcom/ Digi anda.
Penetapan Pay via Celcom/ Digi
Mula dengan menetapkan Apple ID. Setelah anda mempunyai Apple ID, pergi ke tetapan telefon anda > Apple ID > Pembayaran & Penghantaran > Tambah Cara Pembayaran > Pilih Telefon Mudah Alih.
Sekiranya anda ingin caj pembelian anda ke nombor telefon mudah alih Celcom/ Digi yang lain menggunakan Apple ID yang sama, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Lawati http://apple.co/digi
Langkah 2: Pilih telefon mudah alih dan kemudian masukkan nombor mudah alih lain
Langkah 3: Masukkan nombor telefon yang anda ingin caj kan pembelian anda
Langkah 4: Isikan maklumat akaun dan klik 'Seterusnya'. Kod pengesahan akan dihantar kepada anda
Langkah 5: Setelah kod disahkan, anda akan kembali ke skrin 'Akaun'
Langkah 6: Pilih 'Selesai' dan anda kini sudah bersedia untuk membuat pembelian.
Membatalkan Langganan
iPhone, iPad, atau iPod touch
Langkah 1: Buka aplikasi Settings
Langkah 2: Klik pada nama anda
Langkah 3: Klik 'Langganan'
Langkah 4: Klik 'Batal Langganan'. Anda mungkin perlu menggulung ke bawah untuk mencari butang batalkan langganan. Jika tiada butang batalkan atau anda melihat mesej tamat tempoh dalam teks merah, langganan itu sudah dibatalkan.
Mac
Langkah 1: Buka App Store
Langkah 2: Klik nama anda. Jika anda tidak dapat mencari nama anda, klik 'Log Masuk'
Langkah 3: Klik 'Tetapan Akaun'
Langkah 4: Klik ke 'Langganan', kemudian klik 'Urus'
Langkah 5: Di sebelah langganan, klik 'Edit'
Langkah 6: Klik 'Batal Langganan'. Jika tiada butang batal atau batal langganan, langganan itu sudah dibatalkan.
Windows PC
Langkah 1: Pada PC anda, buka iTunes. Jika anda tidak mempunyai iTunes, ketahui cara untuk memuat turun iTunes untuk Windows di sini.
Langkah 2: Dari bar menu di bahagian atas tetingkap iTunes, pilih 'Akaun', kemudian pilih 'Lihat Akaun Saya'
Langkah 3: Klik 'Lihat Akaun'
Langkah 4: Klik ke bahagian 'Tetapan'. Di sebelah 'Langganan', klik 'Urus'.
Pemulangan Wang
Jika anda telah dikenakan bayaran secara salah untuk pembelian, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk meminta pemulangan wang:
Langkah 1: Log masuk ke reportaproblem.apple.com
Langkah 2: Klik 'Saya ingin,' kemudian pilih 'Minta pemulangan wang'
Langkah 3: Pilih alasan mengapa anda ingin meminta pemulangan wang, kemudian pilih 'Seterusnya'
Langkah 4: Pilih aplikasi, langganan atau barang lain, kemudian pilih 'Hantar'. Jika anda dikenakan bayaran untuk langganan yang tidak lagi anda inginkan, anda juga boleh membatalkan langganan tersebut.