Anda mungkin disenarai hitamkan kerana anda tidak membayar semua bil selepas pemindahan keluar atau port-out dari talian Celcom/ Digi anda. Semasa port-out, anda perlu membayar dua jenis bil:
1. Bil tertunggak
Caj sehingga waktu di mana anda meminta untuk port-out dari Celcom/ Digi.
Perlu diselesaikan:
Celcom: Sebelum anda memulakan permintaan port-out.
Digi: Semasa proses port-out, anda akan menerima notifikasi SMS. Untuk proses port-out berjaya, anda perlu membuat pembayaran dalam masa 2 jam selepas menerima SMS.
2. Bil akhir
Caj yang dikenakan antara bil tertunggak dan tarikh penamatan.
Perlu diselesaikan pada akhir kitaran bil setelah menerima bil akhir.
Harap maklum bahawa setelah disenarai hitam, anda tidak dapat mendaftar untuk mana-mana pelan pascabayar dari CelcomDigi atau penyedia perkhidmatan lain di Malaysia sehingga anda menyelesaikan bil akhir. Untuk mengeluarkan nama anda dari rekod senarai hitam, bayar bil tertunggak melalui saluran pembayaran yang tersedia.