Digi Box of Surprise adalah tawaran yang direka khas dan unik untuk setiap pelanggan berdasarkan pilihan anda, habit penggunaan dan tempoh langganan anda. Box of Surprise anda dikemaskini dari semasa ke semasa, anda digalakkan untuk menyemaknya secara kerap untuk menikmati tawaran terkini. Notifikasi akan dihantar setiap kali tawaran dikemaskini.
Kelayakan
Terbuka kepada semua pelanggan Digi, kecuali pelanggan prabayar broadband.
Sekiranya anda telah memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran daripada Digi, anda juga tidak layak untuk tawaran ini.
Pembelian
Anda boleh membeli tawaran Internet dalam Box of Surprise seberapa banyak yang anda mahu. Walau bagaimanapun, untuk Internet percuma, anda hanya boleh membeli tawaran ini seminggu sekali.