Perkhidmatan Yang Disediakan
Aplikasi Celcom Life/ MyDigi membolehkan anda untuk melakukan perkhidmatan berikut:
Semak baki akaun
Semak liputan rangkaian
Pembelian data dan add-ons
Lihat sejarah penggunaan
Uruskan talian keluarga
Urus langganan
Bayar bil
Tambah nilai prabayar
Perkhidmatan roaming
Akses dan uruskan ganjaran
Log Masuk
Celcom Life
Langkah 1: Buka aplikasi Celcom Life
Langkah 2: Log masuk ke aplikasi dengan klik 'Log Masuk dengan SIM' jika anda menggunakan rangkaian mudah alih Celcom atau 'Log Masuk dengan OTP' jika anda menggunakan sambungan Internet lain (contohnya, Wi-Fi atau Jalur Lebar)
Langkah 3: Masukkan One-time PIN (OTP) anda untuk pengesahan dan klik 'Log Masuk'
Langkah 4: Setelah anda berjaya log masuk, anda akan dibawa ke laman utama Celcom Life.
MyDigi
Langkah 1: Buka aplikasi MyDigi
Langkah 2: Masukkan nombor mudah alih anda dan klik 'Teruskan' untuk log masuk
Langkah 3: Masukkan One-time PIN (OTP) anda untuk pengesahan dan klik 'Selesai'
Langkah 4: Setelah anda berjaya log masuk, anda akan dibawa ke laman utama MyDigi.
Lupa Kata Laluan
Anda boleh log masuk ke aplikasi anda melalui One-Time PIN (OTP). Walau bagaimanapun, beberapa perkhidmatan mungkin memerlukan anda untuk memasukkan kata laluan. Jika anda lupa kata laluan anda, klik pada pautan 'Lupa Kata Laluan' pada skrin log masuk. Anda akan diminta untuk mengisikan alamat emel, diikuti dengan nombor mudah alih yang didaftarkan dengan alamat emel anda. Anda akan melihat pilihan untuk menghantar TAC melalui mudah alih atau emel. Ini adalah untuk mengesahkan pemilikan akaun sebelum anda menetapkan kata laluan baru anda.