Langkah 1: Sila kemukakan permintaan penukaran ke CelcomDigi melalui saluran berikut
Melalui laman web Celcom atau Digi.
Kunjungi Celcom bluecube atau kedai Digi terdekat.
Sila pastikan bahawa:
Talian anda aktif.
Anda tidak mempunyai sebarang kontrak aktif dengan penyedia perkhidmatan semasa anda.
Anda tidak mempunyai bil tertunggak dengan penyedia perkhidmatan semasa anda.
Nombor telefon mudah alih yang dihantar didaftarkan di bawah kad pengenalan anda dan butiran peribadi anda sepadan dengan yang dimiliki olen penyedia perkhidmatan semasa anda.
Jika anda mempunyai talian tambahan, pemindahan talian tersebut harus dilakukan bersama dengan talian utama anda.
Apabila pemindahan anda sedang dalam proses, sila pastikan semua talian tambahan anda menjawab SMS pengesahan pemindahan keluar seperti yang tertera dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Jika anda mempunyai talian tambahan yang tidak mahu bertukar ke Celcom/ Digi, anda perlu memisahkan talian utama dan tambahan anda di penyedia perkhidmatan semasa anda sebelum meminta untuk bertukar ke Celcom/ Digi.
Jika anda adalah talian tambahan dan ingin bertukar ke Celcom/ Digi, anda perlu mengubah talian anda menjadi talian utama di penyedia perkhidmatan semasa anda sebelum meminta untuk bertukar ke Celcom/ Digi.
Langkah 2: Balas SMS pengesahan pemindahan keluar
Selepas menerima kad SIM Celcom/ Digi baru anda, jangan masukkan kad SIM tersebut lagi.
Sila perhatikan SMS pengesahan pemindahan keluar dari penyedia perkhidmatan semasa anda dan ikuti arahan untuk membalas. Sila balas dalam tempoh masa yang ditetapkan. Rujuk contoh jawapan di bawah:
U Mobile & Maxis | Celcom & Digi |
PortOut Yes 601XXXXXXX | PortOut YES 601XXXXXXXX |
Untuk penyerahan dalam talian, penghantaran kad SIM akan mengambil:
Kawasan Penghantaran | Celcom | Digi |
Dalam Klang Valley | 1-2 hari | Minimum 3 hari |
West Malaysia (outside Klang Valley) | 2-3 hari | Minimum 3 hari |
East Malaysia | 3-5 hari | Minimum 4 hari |
Anda boleh menjejaki penghantaran kad SIM Celcom atau Digi anda dalam talian.
Aktifkan kad SIM dengan mengimbas kod QR yang terdapat dalam emel "Pesanan Anda Sedang Dalam Perjalanan".
Langkah 3: Anda akan menerima SMS mengenai status pemindahan nombor anda dalam masa 48 jam.
Langkah 4: Setelah rangkaian anda terputus sambungan dengan peyedia perkhidmatan semasa anda, masukkan kad SIM Celcom/ Digi baru anda.
Anda mungkin mengalami perkara berikut selepas pemindahan masuk. Sila rujuk kepada artikel berkaitan untuk mengetahui cara menyelesaikan masalah: