Tempoh Tawaran
12 Mac 2024 (12:00 P.M.) sehingga 13 Mei 2024 (11:59 P.M.)
Pas Sahur dan Pas Moreh
Ringkasan Tawaran
Pas Sahur ini adalah tawaran masa terhad yang membolehkan pelanggan Prabayar & Pascabayar CelcomDigi menikmati 444 GB (5G+4G) Internet Pantas hanya pada RM7 dan sah selama 7 hari (3:00 A.M. - 9:00 A.M.).
Pas Moreh ini adalah masa tawaran masa terhad yang membolehkan pelanggan Prabayar CelcomDigi menikmati Internet 5G Tanpa Had hanya pada RM7 dan sah selama 7 hari (9:00 P.M. - 3:00 A.M.).
1. Apakah tawaran produk ini?
Pas | Harga | Tempoh Sah | Kuota Internet | Pembaharuan Automatik/ Berulang |
Sahur | RM7 | 7 hari | 444GB Internet Pantas | Tidak |
Moreh | RM7 | 7 hari | 5G Tanpa Had | Tidak |
2. Siapakah yang layak untuk melanggan Pas Sahur ini?
Semua pelanggan CelcomDigi seperti berikut:
Prabayar:
CelcomDigi Prepaid 5G Biru
Juara Keren 5G
CelcomDigi Prepaid 5G Kuning
Raja Kombo 5G
Pascabayar:
CelcomDigi Postpaid 5G 260
CelcomDigi Postpaid 5G 160
CelcomDigi Postpaid 5G 140
CelcomDigi Postpaid 5G 120
CelcomDigi Postpaid 5G 100
CelcomDigi Postpaid 5G 80
CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE
CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE
CelcomDigi Postpaid 5G 50 XV
CelcomDigi Postpaid 5G 30 XV
CelcomDigi Postpaid 5G Family Plus
CelcomDigi Postpaid 5G Family
CelcomDigi Postpaid 5G Family SE
3. Siapakah yang layak untuk melanggan Pas Moreh?
Pas ini hanya untuk pelanggan Prabayar CelcomDigi Prepaid dengan pelan berikut:
Prabayar:
CelcomDigi Prepaid 5G Biru
Juara Keren 5G
4. Bagaimanakah untuk melanggan Pas Sahur?
Anda boleh melanggan melalui saluran berikut.
Pelan | Saluran |
Pascabayar |
|
Prabayar |
CelcomDigi Prepaid 5G Biru atau Juara Keren 5G
CelcomDigi Prepaid 5G Kuning or Raja Kombo 5G
|
5. Bagaimanakah untuk melanggan Pas Moreh?
Pelan | Saluran |
Prabayar |
CelcomDigi Prepaid 5G Biru or Juara Keren 5G
|
6. Bagaimanakah cara untuk memantau penggunaan pas one-time?
Anda boleh mengesan dan mengurus akaun melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi, bergantung kepada aplikasi yang berkenaan.
7. Bolehkah saya melakukan pembelian berulang untuk pas one-time?
Ya, pembelian berulang dibenarkan untuk pas one-time.
8. Apa yang saya perlu tahu tentang kuota Internet?
Pas Sahur: Internet 444GB adalah Internet Pantas 5G+4G. Selepas penggunaan Internet pantas 444GB, penggunaan selanjutnya akan ditolak daripada kuota Internet bulanan anda, atau langganan Internet add on yang lain. Jika tiada, kelajuan Internet akan dihadkan kepada 64Kbps.
Pas Moreh: Pelanggan boleh menyemak baki Internet 5G Tanpa Had mereka melalui aplikasi Celcom Life sepanjang tempoh sah.
9. Bolehkah saya menggunakan tethering/ hotspot untuk peranti atau desktop?
Ya, tethering/ hotspot dibenarkan untuk Internet pantas 444GB.
10. Bagaimana untuk saya tahu jika pembelian pas one-time berjaya?
Anda akan menerima SMS setelah pembelian berjaya.
11. Adakah pembaharuan automatik disediakan untuk pas one-time?
Tidak. Ini adalah add on sekali sahaja.
12. Adakah pas one-time ini sah untuk semasa perantauan?
Tidak, pas one-time ini hanya untuk kegunaan domestik sahaja (dalam Malaysia). Penggunaan Internet semasa merantau akan dikenakan caj tambahan di atas komitmen bulanan anda pada kadar caj merantau.
13. Apakah yang akan berlaku kepada kuota Internet yang tidak digunakan?
Sebarang kuota Internet yang tidak digunakan akan dibatalkan pada tamat tempoh.
14. Bilakah pas one-time sekali saya akan tamat?
Pas one-time ini akan sah sehingga jam 11:59 malam pada hari ke-7 sebelum langganan berjaya.
15. Saya bukan pengguna CelcomDigi, bolehkah saya membeli pas one-time?
Anda perlu mendaftar sebagai pelanggan CelcomDigi untuk melanggan pas one-time.