Tempoh Tawaran
1 Mac 2024 (12:00 P.M.) hingga 7 Mac 2024 (11:59 P.M.).
3.3 Pas Internet Mudah Alih Khas
Ringkasan Tawaran
Pas tawaran terhad ini membolehkan pelanggan Prabayar dan Pascabayar Digi menikmati Internet Berkelajuan Tinggi 333 GB (5G+4G) selama 3 hari dengan harga promosi hanya RM6.
1. Apakah produk yang ditawarkan?
Harga | Tempoh Sah | Kuota Internet | Pembaharuan auto / Berulang |
RM 6 | 3 Hari | 333 GB Kelajuan Tinggi | Tiada |
2. Siapakah yang layak untuk kempen ini?
Semua pelanggan Digi seperti di bawah.
Prabayar:
|
Pascabayar:
|
|
3. Bagaimana saya boleh melanggan Pas Internet Mudah Alih Khas 3.3 ini?
Anda boleh mendaftar melalui saluran seperti di bawah.
Pelan | Saluran |
Prabayar |
|
Pascabayar |
|
3. Bagaimanakah cara saya menjejaki Pas Internet Mudah Alih saya?
Anda boleh menjejak dan mengurus akaun anda melalui aplikasi MyDigi.
4. Bolehkah saya melakukan pembelian berulang untuk kuota Internet tambahan mudah alih ini?
Ya, pembelian berulang dibenarkan untuk kuota Internet tambahan mudah alih ini.
5. Apakah yang perlu saya ketahui berkaitan kuota Internet tambahan ini?
Internet 333GB ialah Internet berkelajuan tinggi 5G+4G.
Selepas penggunaan penuh Internet Kelajuan Tinggi 333GB, sebarang penggunaan seterusnya akan ditolak daripada kuota Internet bulanan, atau sebarang langganan kuota Internet tambahan lain. Jika tidak, penggunaan Internet akan dikurangkan kepada kelajuan 64Kbps.
6. Adakah saya boleh melakukan sambungan Internet (hotspot) ke peranti atau 'desktop' lain?
Ya. Sambungan Internet (hotspot) dibenarkan untuk Internet Kelajuan Tinggi 333GB.
7. Adakah pembaharuan automatik tersedia untuk kuota Internet tambahan ini?
Tidak.
8. Bolehkah saya menggunakan kuota Internet tambahan ini semasa merantau?
Tidak. Ia hanya boleh dipakai untuk kegunaan domestik sahaja (dalam Malaysia). Penggunaan Internet semasa merantau akan dikenakan bayaran selain daripada komitmen bulanan anda pada caj perantauan.
9. Apakah yang berlaku kepada kuota Internet tambahan yang tidak digunakan?
Sebarang kuota Internet tambahan yang tidak digunakan akan dilupuskan apabila tamat tempoh.
10. Bilakah pas Internet mudah alih saya tamat tempoh?
Pas Internet mudah alih anda sah sehingga 11:59 P.M. pada hari ke-3 selepas langganan berjaya.
11. Saya bukan pengguna Digi, bolehkah saya membeli kuota Internet tambahan ini?
Anda mesti berdaftar sebagai pelanggan Digi untuk melanggan kuota Internet tambahan ini.
Super Long Life 365 Days
Ringkasan Tawaran
Tawaran terhad Digi Prepaid Super Long Life membolehkan pelanggan untuk mengekalkan talian prabayar mereka aktif untuk 365 hari dari hari pembelian dengan harga promosi serendah RM54.
1. Apakah itu Super Long Life 365 Days?
Super Long Life 365 Days membolehkan pelanggan melanjutkan kesahan kredit prabayar mereka selepas tamat tempoh akaun prabayar.
2. Siapa yang layak melanggan Super Long Life 365 Days?
Pengguna prabayar untuk pelan berikut layak untuk mendapatkan Super Long Life 365 Days:
CelcomDigi Prepaid 5G Kuning
Digi Prepaid NEXT
Digi PREPAID NEXT
Digi prepaid NEXT
Raja Kombo
Raja kombo
Digi Prepaid Best 2017
DiGi Best Prepaid v4
3. Apa yang ditawarkan dalam Super Long Life 365 Days?
Pelan | Harga | Tempoh sah |
Super Long Life | RM54 | 365 hari |
4. Apakah faedah Super Long Life 365 Days?
Super Long Life 365 Days akan melanjutkan kesahan kredit Prabayar anda supaya anda boleh menggunakan baki kredit anda dalam akaun prabayar.
5. Bagaimanakah Super Long Life 365 Days ini berfungsi?
Setelah berjaya melanggan Super Long Life 365 Days, tempoh sah baharu akan ditambahkan pada tempoh sah kredit semasa anda.
Senario: Akaun prabayar masih aktif.
Kredit tamat pada 30 Jun 2022. Langgan Super Long Life 365 Hari RM54 untuk 365 Hari pada 2 Mac 2023. Tempoh penamatan kredit baharu adalah pada 1 Mac 2024.
6. Bagaimanakah cara saya melanggan dan menyemak Super Long Life 365 Days saya?
Anda boleh membeli sebarang perkhidmatan langganan, menjejaki dan mengurus akaun anda melalui aplikasi MyDigi.
Pelan | Saluran |
Pascabayar |
|
7. Adakah Super Long Life 365 Days saya akan diperbaharui secara automatik?
Tidak. Super Long Life 365 Days ialah pembelian sekali sahaja dan tidak mempunyai ciri pembaharuan automatik.
8. Bolehkah saya melakukan beberapa langganan untuk Super Long Life 365 Days?
Tidak.