Tempoh Tawaran
1 Mac 2024 (12:00 P.M.) hingga 7 Mac 2024 (11:59 P.M.).
3.3 Pas Internet Mudah Alih Khas
Ringkasan Tawaran
Pas tawaran terhad ini membolehkan pelanggan Prabayar dan Pascabayar Celcom menikmati Internet Berkelajuan Tinggi 333 GB (5G+4G) selama 3 hari dengan harga promosi hanya RM6.
1. Apakah tawaran bagi produk ini?
Harga | Tempoh sah | Kuota Internet | Pembaharuan-auto / Berulang |
RM 6 | 3 hari | 333 GB Kelajuan Tinggi (5G+4G) | Tidak |
2. Siapa yang layak untuk kempen ini?
Semua pelanggan Celcom seperti di bawah.
Prabayar:
Celcom Xpax Prepaid
CelcomDigi Prepaid 5G Biru
Pascabayar:
Xpax Postpaid
XP Lite
Pelan Celcom MEGA™
Pelan Celcom MEGA™ Family
Pelan Celcom First
Pelan Celcom First Family
Pelan Celcom Mobile
3. Bagaimanakah cara saya melanggan Pas Internet Mudah Alih Khas 3.3 ini?
Anda boleh melanggan melalui saluran seperti di bawah.
Pelan | Saluran |
Pascabayar dan Prabayar |
|
4. Bagaimanakah cara saya menjejaki pas Internet mudah alih saya?
Anda boleh menjejak, dan mengurus akaun anda melalui aplikasi Celcom Life.
5. Bolehkah saya melakukan pembelian berulang untuk kuota Internet tambahan mudah alih?
Ya, pembelian berulang dibenarkan untuk kuota Internet tambahan mudah alih ini.
6. Apakah yang perlu saya ketahui berkaitan kuota Internet tambahan ini?
Internet 333GB ialah Internet berkelajuan tinggi 5G+4G.
Selepas penggunaan penuh Internet Berkelajuan Tinggi 333GB, sebarang penggunaan seterusnya akan ditolak daripada kuota Internet bulanan, atau sebarang langganan kuota Internet tambahan lain. Jika tidak, penggunaan Internet akan dikurangkan kepada kelajuan 64Kbps.
7. Adakah saya boleh melakukan sambungan Internet (hotspot) ke peranti atau 'desktop' lain?
Ya. Sambungan Internet (hotspot) dibenarkan untuk Internet Kelajuan Tinggi 333GB.
8. Bagaimanakah saya akan diberitahu jika pembelian kuota Internet tambahan ini berjaya?
Anda akan menerima SMS apabila pembelian berjaya.
9. Adakah pembaharuan automatik tersedia untuk kuota internet tambahan ini?
Tidak.
10. Bolehkah saya menggunakan kuota Internet tambahan ni semasa merantau?
Tidak. Ia hanya boleh dipakai untuk kegunaan domestik sahaja (dalam Malaysia). Penggunaan Internet semasa merantau akan dikenakan bayaran selain daripada komitmen bulanan anda pada caj perantauan.
11. Apakah yang berlaku kepada kuota tambahan Internet yang tidak digunakan?
Sebarang kuota Internet tambahan yang tidak digunakan akan dilupuskan apabila tamat tempoh.
12. Bilakah tepatnya Pas Internet Mudah Alih saya tamat tempoh?
Pas Internet mudah alih akan sah sehingga 11:59 malam pada hari ke-3 selepas langganan berjaya.
13. Saya bukan pengguna Celcom, bolehkah saya membeli kuota Internet tambahan ini?
Anda mesti berdaftar sebagai pelanggan Celcom untuk melanggan kuota Internet tambahan ini.
Super Long Life 365 Days
Ringkasan Tawaran
Promosi terhad Celcom Prabayar Super Long Life ini membolehkan talian prabayar pelanggan kekal aktif selama 365 hari dari hari pembelian dengan harga promosi sebanyak RM54.
1. Apakah itu Super Long Life 365 Days?
Super Long Life 365 Days membolehkan pelanggan melanjutkan tempoh sah kredit prabayar mereka selepas tamat tempoh akaun prabayar.
2. Siapakah yang layak melanggan Super Long Life 365 Days?
Semua pelanggan XPAX Prepaid baharu dan sedia ada serta CelcomDigi Prepaid 5G Biru layak untuk melanggan Super Long Life 365 Days.
3. Apakah tawaran dalam Super Long Life 365 Days?
Pelan | Harga | Tempoh sah |
Super Long Life 365 Days | RM54 | 365 Hari |
4. Apakah faedah Super Long Life 365 Days?
Super Long Life 365 Days akan melanjutkan tempoh sah kredit prabayar anda supaya anda boleh menggunakan baki kredit anda dalam akaun prabayar.
5. Bagaimanakah Super Long Life 365 Days ini berfungsi?
Setelah anda berjaya melanggan Super Long Life 365 Days, tempoh sah baharu akan ditambah pada tempoh sah kredit semasa anda.
Senario: Akaun prabayar masih aktif.
Kredit tamat pada 30 Jun 2022. Langgan Super Long Life 365 Hari RM54 untuk 365 Hari pada 2 Mac 2023. Tarikh penamatan kredit baharu adalah pada 1 Mac 2024.
6. Bagaimanakah cara saya melanggan dan menyemak Super Long Life 365 Days saya?
Anda boleh membeli sebarang perkhidmatan langganan, menjejaki dan mengurus akaun anda melalui aplikasi Celcom Life.
Pelan | Saluran |
Prabayar |
|
7. Adakah Super Long Life 365 Days saya akan diperbaharui secara automatik?
Tidak. Super Long Life 365 Days ialah pembelian sekali sahaja dan tidak mempunyai ciri pembaharuan automatik.
8. Bolehkah saya melakukan beberapa langganan untuk Super Long Life 365 Days?
Tidak.