Tempoh Tawaran
1 Mac 2024 (12:00 P.M.) hingga 7 Mac 2024 (11:59 P.M.).
3.3 Pas Internet Mudah Alih Khas
Ringkasan Tawaran
Tawaran terhad ini membolehkan pelanggan Pascabayar CelcomDigi menikmati Internet Berkelajuan Tinggi 333 GB (5G+4G) selama 3 hari dengan harga promosi hanya RM6.
1. Apakah tawaran bagi produk ini?
Harga | Tempoh sah | Kuota Internet | Pembaharuan- auto / berulang |
RM 6 | 3 hari | 333 GB Kelajuan Tinggi (5G+4G) | Tidak |
2. Siapakah yang layak untuk kempen ini?
Semua pelanggan CelcomDigi seperti di bawah.
Pascabayar:
Pelan 5G Postpaid CelcomDigi
3. Bagaimanakah cara saya melanggan Pas Internet Mudah Alih Khas 3.3 ini?
Anda boleh melanggan melalui saluran seperti di bawah.
Pelan | Saluran |
Pascabayar | [a] Celcom Life
atau
[b] MyDigi
|
4. Bagaimanakah cara saya menjejaki Pas Internet Mudah Alih saya?
Anda boleh menjejak dan mengurus akaun anda melalui aplikasi Celcom Life atau aplikasi MyDigi, bergantung pada aplikasi yang berkenaan.
5. Bolehkah saya melakukan pembelian berulang untuk kuota Internet tambahan mudah alih?
Ya, pembelian berulang dibenarkan untuk kuota Internet tambahan mudah alih ini.
6. Apakah yang perlu saya ketahui berkaitan kuota Internet ini?
Internet 333GB ialah Internet berkelajuan tinggi 5G+4G.
Selepas penggunaan penuh Internet Kelajuan Tinggi 333GB, sebarang penggunaan seterusnya akan ditolak daripada kuota Internet bulanan, atau sebarang langganan kuota Internet tambahan lain. Jika tidak, penggunaan Internet akan dikurangkan kepada kelajuan 64Kbps.
7. Adakah saya boleh melakukan sambungan Internet (hotspot) ke peranti atau 'desktop' lain?
Ya. Sambungan Internet (hotspot) dibenarkan untuk Internet Kelajuan Tinggi 333GB.
8. Bagaimanakah saya akan diberitahu jika pembelian kuota tambahan ini berjaya?
Anda akan menerima SMS apabila pembelian berjaya.
9. Adakah pembaharuan automatik tersedia untuk kuota tambahan ini?
Tidak.
10. Bolehkah saya menggunakan kuota tambahan ini semasa merantau?
Tidak. Ia hanya boleh pakai untuk kegunaan domestik sahaja (dalam Malaysia). Penggunaan Internet semasa merantau akan dikenakan bayaran selain daripada komitmen bulanan anda pada caj perantauan.
11. Apakah yang akan berlaku kepada kuota Internet yang tidak digunakan?
Sebarang kuota Internet yang tidak digunakan akan dilupuskan apabila tamat tempoh.
12. Bilakah pas Internet mudah alih saya akan tamat tempoh?
Pas Internet mudah alih akan sah sehingga 11:59 P.M. pada hari ke-3 selepas langganan berjaya.
13. Saya bukan pengguna CelcomDigi, bolehkah saya membeli kuota tambahan ini?
Anda mesti berdaftar sebagai pelanggan CelcomDigi untuk melanggan kuota tambahan ini.
Untuk Soalan Lazim Celcom & Digi, sila rujuk artikel berikut: