Soalan Lazim
1. Apakah tempoh kempen?
Tempoh kempen adalah dari 5 Disember 2023 hingga 26 Februari 2024.
2. Apakah tawaran untuk kempen ini?
Pas | Harga | Tempoh Sah | Kuota Internet | Pembaharuan Secara Automatik/Berulang |
Pas Video | RM6 | 4 hari | 300GB* | Tidak |
*Hanya untuk strim aplikasi terpilih: Netflix, YouTube dan Viu.
3. Bagaimanakah saya melanggan untuk Pas Video ini?
Anda boleh melanggan melalui saluran seperti di bawah:
Postpaid | [a] Celcom Life:
atau: [b] MyDigi:
|
Pelan yang Layak untuk Pelanggan Suara Pascabayar:
|
4. Bagaimanakah boleh saya semak penggunaan Pas Video saya?
Anda boleh semak dan urus akaun anda melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi, berdasarkan pada aplikasi yang berkenaan.
5. Bolehkah saya melanggan Pas Video berulang kali?
Ya, langganan berulang kali dibenarkan untuk Pas Video ini.
6. Apakah perlu saya tahu tentang Kuota Internet?
Internet 300GB ialah Internet Pantas. Setelah penggunaan Internet Pantas 300GB penuh, mana-mana penggunaan seterusnya akan ditolak seperti penggunaan biasa untuk Internet Mudah Alih, Internet Asas atau bayar untuk guna.
7. Bolehkah saya melakukan tethering / hotspot ke peranti atau desktop lain?
Tidak. Tethering / hotspot tidak dibernarkan untuk Pas Video ini.
8. Bagaimanakah saya tahu jika pembelian Pas Video ini berjaya?
Anda akan menerima SMS apabila proses pembelian telah berjaya.
9. Kuota manakah yang akan digunakan dulu? Internet 300GB tambahan atau pelan Internet sedia ada?
Internet 300GB tambahan akan digunakan dulu setelah langganan berjaya diaktifkan.
10. Apakah yang akan berlaku kepada kuota Internet yang tidak digunakan?
Mana-mana kuota Internet yang tidak digunakan akan dibatalkan apabila tempoh tamat.
11. Adakah pembaharuan secara automatik tersedia untuk Pas Video ini?
Tidak. Ini adalah pembelian add-on satu masa sahaja.
12. Bolehkah saya langgan semula Pas Video saya dalam langganan aktif atau apabila tempoh tamat?
Ya, anda boleh langgan semula pas anda.
13. Bolehkah saya mengguna kuota Tambahan ini semasa merantau?
Tidak. Ini adalah untuk kegunaan domestik sahaja (dalam Malaysia). Penggunaan Internet semasa merantau boleh dicaj ke komitment bulanan pada caj perantauan.
14. Bilakah Pas Video saya akan tamat tempoh?
Langganan Pas Video akan sah sehingga 11:59 P.M. pada hari ke-4 untuk langganan yang berjaya.