Soalan Lazim
1. Bilakah tempoh pra-tempah untuk siri Samsung Galaxy S24?
Tempoh pra-tempah bermula dari 18 Januari sehingga 6 Februari 2024.
2. Siapakah yang layak untuk pra-tempah siri Samsung Galaxy S24?
Warganegara Malaysia
Pelanggan sedia ada Celcom/Digi:
Pertukaran pelan
Prabayar ke pascabayar
Bukan pelanggan Celcom/Digi:
Pindah masuk dari talian telekomunikasi lain
Pendaftaran talian baru
3. Di manakah boleh saya pra-tempah siri Samsung Galaxy S24?
Pra-tempah hanya tersedia di Celcom Online Store dan Digi Store Online.
4. Bagaimanakah saya boleh menikmati peningkatan storan berganda?
Kempen Naik Taraf Storan Berganda adalah eksklusif untuk tempoh pra-tempah. Mana-mana pembelian siri S24 dalam storan 512GB dengan CelcomDigi, dan anda hanya akan dikenakan harga untuk storan 256GB.
5. Adakah hadiah percuma disediakan untuk tempoh pra-tempah siri Samsung Galaxy S24?
Ya, anda boleh mendapatkan set aksesori eksklusif (bernilai RM499) apabila anda pra-tempah Samsung Galaxy S24 Ultra, dengan pelan Easy360.
Hadiah percuma sah, sementara stok masih ada.
6. Bilakah penghantaran akan bermula?
Penghantaran bagi siri Samsung Galaxy S24 akan bermula dari 7 Februari 2024.
7. Adakah pungutan sendiri tersedia untuk siri Samsung Galaxy S24?
Pilihan pungutan sendiri hanya tersedia untuk Digi. Anda boleh memilih lokasi semasa pembayaran semasa tempahan anda.
8. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai kontrak peranti yang sedia ada?
Anda dikehendaki untuk menamatkan kontrak sedia ada anda sebelum anda boleh mendaftar untuk Samsung Galaxy S24.
Untuk pelanggan Celcom, sila kunjungi Celcom bluecube yang berdekatan untuk menamatkan kontrak semasa anda. Setelah anda tidak lagi terikat dengan kontrak, anda boleh meneruskan pendaftaran untuk Samsung Galaxy S24.
Untuk pelanggan Digi, anda boleh kunjungi Digi Store yang berdekatan untuk penamatan kontrak.
9. Bolehkah saya batalkan pesanan saya selepas pra-tempah dibuat?
Pengaktifan bagi kontrak peranti adalah serta-merta dan setelah pembayaran berjaya.
Mana-mana peranti yang dibeli melalui Celcom Online Store atau Digi Store Online tidak boleh dibatalkan dan tidak boleh dikembalikan. Anda akan dikenakan caj yang bekenaan untuk peranti yang dibeli setelah pembayaran bagi kontrak peranti telah berjaya.