Jika anda melanggan tawaran Roam Like Home Freedom Add-Ons sebelum 1 Ogos 2023, sila rujuk ke butiran tawaran di bawah.
Butiran Tawaran
Roam Like Home ialah pakej berulang bulanan, dengan bayaran bulanan tetap yang memberikan pelanggan perantauan Internet, panggilan suara dan/atau IDD di 10 negara:
Tawaran Roam Like Home:
Perantauan Internet 10GB di 10 negara
Panggilan Perantauan 60 minit (membuat dan menerima panggilan ke/dari mana-mana negara, semasa merantau di 10 negara)
Panggilan IDD 60 minit ke 10 negara (membuat panggilan ke 10 negara dari Malaysia)
Kelayakan
Roam Like Home tersedia secara PERCUMA untuk pelanggan Digi Postpaid sedia ada tanpa kontrak aktif, dengan mendaftar kontrak 12 bulan melalui Freedom Add-Ons. Pelan Digi Postpaid yang layak untuk Roam Like Home ialah:
Digi Postpaid 90 2021
Digi Postpaid 120 2021
Digi Postpaid 150 2021
Digi Postpaid Family Unlimited