Soalan Lazim
1. Apakah CelcomDigi fiber?
CelcomDigi fiber ialah perkhidmatan jalur lebar rumah yang didatangkan dengan Internet berkelajuan ultra tinggi, tanpa had dengan harga yang berpatutan.
2. Apakah pelan dan harga bayaran bulanan?
CelcomDigi Fiber 50Mbps | CelcomDigi Fiber 100Mbps | CelcomDigi Fiber 300Mbps | CelcomDigi Fiber 500Mbps | CelcomDigi Fiber 800Mbps | CelcomDigi Fiber 1Gbps |
RM85 | RM99 | RM139 | RM159 | RM249 | RM289 |
3. Siapa yang boleh mendaftar untuk CelcomDigi fiber?
Sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftar untuk CelcomDigi fiber. Sila ambil perhatian bahawa jika anda seorang warga asing, deposit RM500 akan diperlukan.
4. Bagaimanakah cara saya mendaftar untuk CelcomDigi fiber?
Hanya ikuti langkah mudah di bawah:
Langkah 1: Pastikan alamat anda dilindungi oleh rangkaian gentian CelcomDigi kami. Klik disini untuk menyemak sama ada kawasan anda berada dalam liputan rangkaian kami.
Langkah 2: Isikan maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran dengan betul. Kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp dalam masa 24 jam.
Sebagai alternatif, kunjungi di mana-mana kedai Celcom atau Digi.
5. Saya adalah pelanggan Pascabayar sedia ada. Bagaimana saya boleh menikmati CelcomDigi fiber rebat pascabayar ekslusif untuk Sabah?
Anda boleh menikmati rebat eksklusif untuk Sabah bulanan sehingga RM87 pada talian fiber apabila anda gandingkan pelan pascabayar Digi atau Celcom yang layak dengan pelan CelcomDigi fiber. Sila rujuk jadual di bawah untuk butiran lanjut:
CelcomDigi Fiber 30Mbps | CelcomDigi Fiber 50Mbps | CelcomDigi Fiber 100Mbps | CelcomDigi Fiber 300Mbps | CelcomDigi Fiber 500Mbps | CelcomDigi Fiber 800Mbps | CelcomDigi Fiber | |
RRP | RM80 | RM85 | RM99 | RM139 | RM159 | RM249 | RM289 |
Rebat Pascabayar | N/A | - RM10 | - RM10 | - RM10 | - RM10 | N/A | - RM20 |
Rebat Fiber | - RM11 | - RM9 | RM22 | - RM39 | - RM37 | - RM62 | - RM67 |
Komitmen Bulanan Fiber Bersih** | RM69 | RM66 | RM67 | RM90 | RM112 | RM187 | RM202 |
** Sebarang rebat bulanan hanya akan diterima dalam tempoh 60 hari selepas pengaktifan talian fiber.
6. Berapa lama rebat pascabayar akan diberikan?
Rebat pascabayar akan diberikan sepanjang tempoh kontrak perkhidmatan CelcomDigi fiber anda selagi talian Pascabayar kekal aktif. Oleh itu, anda akan menikmati rebat sehingga 24 bulan dari tarikh pengaktifan pelan CelcomDigi fiber anda.
7. Apakah tawaran pelan fiber dan bayaran bulanan di Sabah?
Anda boleh menikmati rebat bulanan sehingga RM24 pada talian fiber anda untuk pelanggan bukan Celcom atau bukan Digi Pascabayar apabila mereka mendaftar untuk pelan CelcomDigi baharu.
CelcomDigi Fiber 50Mbps | CelcomDigi Fiber 100Mbps | CelcomDigi Fiber 300Mbps | CelcomDigi Fiber 500Mbps | CelcomDigi Fiber 800Mbps | CelcomDigi Fiber 1Gbps | |
RRP | RM85 | RM99 | RM139 | RM159 | RM249 | RM289 |
Rebat Fiber | - RM7 | - RM8 | - RM19 | - RM13 | - RM21 | - RM24 |
Komitmen Bulanan Fiber Bersih** | RM78 | RM91 | RM120 | RM146 | RM228 | RM265 |
** Sebarang rebat bulanan hanya akan diterima dalam tempoh 60 hari selepas pengaktifan talian fiber.
8. Apakah yang berlaku jika saya mendaftar untuk pelan pascabayar Celcom atau Digi yang
melayakkan saya untuk rebat pascabayar dan fiber?
Rebat akan digantikan dengan CelcomDigi tawaran fiber Sabah (fiber + pascabayar) berdasarkan gabungan terkini pelan pascabayar & fiber anda.
9. Adakah CelcomDigi fiber disertakan dengan kontrak?
Ya, semua pelan CelcomDigi fiber baharu mempunyai kontrak 24 bulan.
10. Adakah saya dibenarkan menukar pelan CelcomDigi fiber saya?
Ya, anda dibenarkan untuk menaik taraf atau menurunkan pelan CelcomDigi fiber anda walaupun dalam tempoh kontrak. Naik taraf adalah percuma, namun bagi setiap permintaan penurunan taraf pelan, akan dikenakan yuran sebanyak RM50.
11. Apakah yang akan berlaku kepada rebat saya jika saya menukar pelan CelcomDigi fiber saya?
Rebat Pascabayar
Rebat Pascabayar anda akan dikemas kini mengikut kombinasi terkini pelan Pascabayar + fiber anda, dan anda akan terus menerima Rebat Pascabayar selagi anda mengekalkan pelan Pascabayar yang layak, aktif dan fiber masih dalam kontrak perkhidmatan.
Rebat Fiber
Rebat akan digugurkan.
12. Bolehkah saya memindahkan perkhidmatan CelcomDigi fiber saya?
Ya, anda boleh memindahkan perkhidmatan fiber CelcomDigi anda tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan. Hanya lawati Celcom bluecube atau Digi Store untuk memohon pemindahan, dan pastikan anda membawa peralatan semasa ke alamat baharu semasa pemasangan.
Anda akan dapat menikmati tawaran promosi terkini dan dikontrakkan semula selama 24 bulan setelah penempatan semula berjaya.
Sekiranya alamat baharu anda tidak berada dalam liputan fiber CelcomDigi, anda boleh menamatkan perkhidmatan fiber CelcomDigi. Anda perlu kunjungi mana-mana Blue Cube atau Digi Store. Bawa bersama semua peralatan semasa untuk menamatkan perkhidmatan. Penalti penamatan awal akan dikenakan jika anda masih dalam kontrak.
13. Apakah yang berlaku jika saya menamatkan fiber CelcomDigi saya dalam tempoh kontrak?
Penamatan awal fiber CelcomDigi akan dikenakan penalti. Jumlah baki bulan kontrak x yuran bulanan atau RM500, yang mana lebih tinggi, akan dikenakan sebagai penalti penamatan awal.