Soalan Lazim
1. Apakah CelcomDigi fiber?
CelcomDigi fiber ialah perkhidmatan jalur lebar rumah yang didatangkan dengan Internet berkelajuan ultra tinggi, tanpa had dengan harga yang berpatutan.
2. Apakah pelan dan harga bayaran bulanan?
CelcomDigi Fiber 50Mbps | CelcomDigi Fiber 100Mbps | CelcomDigi Fiber 300Mbps | CelcomDigi Fiber 500Mbps | CelcomDigi Fiber 800Mbps | CelcomDigi Fiber 1Gbps |
RM85 | RM99 | RM139 | RM159 | RM249 | RM289 |
3. Siapa yang boleh mendaftar untuk CelcomDigi fiber?
Sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftar untuk CelcomDigi fiber. Sila ambil perhatian bahawa jika anda seorang warga asing, deposit RM500 akan diperlukan.
4. Bagaimanakah cara saya mendaftar untuk CelcomDigi fiber?
Hanya ikuti langkah mudah di bawah:
Langkah 1: Pastikan alamat anda dilindungi oleh rangkaian gentian CelcomDigi kami. Klik disini untuk menyemak sama ada kawasan anda berada dalam liputan rangkaian kami.
Langkah 2: Isikan maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran dengan betul. Kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp dalam masa 24 jam.
Sebagai alternatif, kunjungi di mana-mana kedai Celcom atau Digi.
5. Saya adalah pelanggan Pascabayar sedia ada. Bagaimana saya boleh menikmati CelcomDigi fiber rebat pascabayar?
Anda boleh menikmati rebat bulanan sehingga RM20 pada talian fiber apabila anda gandingkan pelan pascabayar Digi atau Celcom yang layak dengan pelan CelcomDigi fiber. Sila rujuk jadual di bawah untuk butiran lanjut:
CelcomDigi Fiber 50Mbps | CelcomDigi Fiber 100Mbps | CelcomDigi Fiber 300Mbps | CelcomDigi Fiber 500Mbps | CelcomDigi Fiber 800Mbps | CelcomDigi Fiber 1Gbps | |
RRP | RM85 | RM99 | RM139 | RM159 | RM249 | RM289 |
Rebat Pascabayar* | - RM10 | - RM10 | - RM10 | - RM10 | N/A | - RM20 |
Komitmen Bulanan Fiber Bersih | RM75 | RM89 | RM129 | RM149 | RM249 | RM269 |
* Sebarang rebat bulanan hanya akan diterima dalam tempoh 60 hari selepas pengaktifan talian fiber.
6. Berapa lama rebat pascabayar akan diberikan?
Rebat pascabayar akan diberikan sepanjang tempoh kontrak perkhidmatan CelcomDigi fiber anda selagi talian Pascabayar kekal aktif. Oleh itu, anda akan menikmati rebat sehingga 24 bulan dari tarikh pengaktifan pelan CelcomDigi fiber anda.
7. Adakah terdapat sebarang promosi pelancaran?
Ya, akan ada tawaran pengenalan masa terhad. Pelanggan pascabayar Celcom atau Digi (pelan RM60 dan ke atas) yang mendaftar untuk pelan 300Mbps semasa tempoh promosi akan dapat menikmati fiber percuma selama 6 bulan.
Pelan Fiber | CelcomDigi Fiber 300Mbps |
RRP | RM139 |
Rebat Pascabayar* | - RM10 |
Rebat Fiber (6 bulan)* | - RM129 |
Komitmen Fiber untuk 6 bulan pertama* | PERCUMA |
Komitmen Fiber untuk bulan seterusnya* | RM129 |
Komitmen bulanan untuk 24 bulan** | RM97 |
* Pelanggan mesti mengekalkan pelan pascabayar mudah alih yang layak aktif dengan Celcom / Digi dan rebat pascabayar akan diberikan didalam bil bulanan fiber.
** Sebarang rebat bulanan hanya akan diterima dalam tempoh 60 hari selepas pengaktifan talian fiber.
8. Adakah CelcomDigi fiber disertakan dengan kontrak?
Ya, semua pelan CelcomDigi fiber baharu mempunyai kontrak 24 bulan.
9. Adakah saya dibenarkan menukar pelan CelcomDigi fiber saya?
Ya, anda dibenarkan untuk menaik taraf atau menurunkan pelan CelcomDigi fiber anda walaupun dalam tempoh kontrak. Naik taraf adalah percuma, namun bagi setiap permintaan penurunan taraf pelan, akan dikenakan yuran sebanyak RM50.
10. Apakah yang akan berlaku kepada rebat saya jika saya menukar pelan CelcomDigi fiber saya?
Rebat Pascabayar
Rebat Pascabayar anda akan dikemas kini mengikut kombinasi terkini pelan Pascabayar + fiber anda, dan anda akan terus menerima Rebat Pascabayar selagi anda mengekalkan pelan Pascabayar yang layak, aktif dan fiber masih dalam kontrak perkhidmatan.
Rebat Fiber
Rebat akan digugurkan.
11. Bolehkah saya menukar alamat perkhidmatan CelcomDigi fiber saya?
Ya, anda boleh menukar alamat perkhidmatan fiber CelcomDigi anda tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan. Hanya lawati Blue Cube atau Digi Store untuk memohon pemindahan, dan pastikan anda membawa peralatan semasa ke alamat baharu semasa pemasangan.
Anda akan dapat menikmati tawaran promosi terkini dan dikontrakkan semula selama 24 bulan setelah penempatan semula berjaya.
Sekiranya alamat baharu anda tidak berada dalam liputan fiber CelcomDigi, anda boleh menamatkan perkhidmatan fiber CelcomDigi. Anda perlu kunjungi mana-mana Blue Cube atau Digi Store. Bawa bersama semua peralatan semasa untuk menamatkan perkhidmatan. Penalti penamatan awal akan dikenakan jika anda masih dalam kontrak.
12. Apakah yang berlaku jika saya menamatkan fiber CelcomDigi saya dalam tempoh kontrak?
Penamatan awal fiber CelcomDigi akan dikenakan penalti. Jumlah baki bulan kontrak x yuran bulanan atau RM500, yang mana lebih tinggi, akan dikenakan sebagai penalti penamatan awal.