Gambaran Produk:
Pelan Juara Keren 5G merupakan pelan 5G baharu yang menawarkan pengalaman 5G yang pantas serta pengalaman melayari video dengan lancar melalui YouTube tanpa had pada pelan permulaan 5G yang mampu milik bermula dari RM35/bulan.
Berkuat kuasa pada 1 Mac 2024, Juara Keren 5G dipertingkatkan untuk memberikan lebih nilai dan fleksibiliti kepada pelanggan dengan pilihan tawaran pelan pembaharuan automatik bulanan. Di samping itu, pelanggan diberikan pelbagai pilihan baharu dengan kuota tambah dan pas sekali serendah RM1.
Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Mac 2024 – semasa
Butiran Produk
Pembaharuan Automatik Bulanan
Pelanggan yang memilih pembaharuan automatik bulanan akan menikmati Internet 5G dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Pelan prabayar akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari.
Pelan Internet | Harga | Kuota Asas (5G/4G) | Kuota Tanpa Had (5G/4G) | Panggilan | Minit IDD | Tempoh Sah |
5G 35 (Juara Keren) | RM35 | 20GB (100mbps) | Youtube Tanpa Had (3mbps) | RM0.30/min | 120 min (Bangladesh + Indonesia) | 30 hari |
Kuota Tambahan dan Pas Sekali
Pelanggan boleh memilih Kuota Tambahan Bulanan jika kuota Internet tamat sebelum tempoh sah langganan 30 hari. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih pas Sekali dengan tempoh sah yang lebih singkat.
1. Kuota Tambahan
Kategori | Harga | Kuota (5G/4G) | Tempoh Sah |
Semua Penggunaan | RM6 | 15GB | Kuota Tambahan mengikut tempoh sah Pas Internet Bulanan |
2. Pas Sekali
Kategori | Harga | Kuota (5G/4G) | Tempoh Sah |
Setiap Jam | RM1 | Internet Tanpa Had | 1 Jam |
Setiap Hari | RM3 | 3GB | 1 Hari |
RM6 | 9GB | 3 Hari | |
Setiap Minggu | RM12 | 20GB | 7 Hari |
RM15 | Internet Tanpa Had (6Mbps) & Panggilan + 2GB Hotspot | 7 Hari |
3. Kadar Asas – Panggilan Suara, SMS and MMS
Kategori | Denominasi |
Calls | RM0.30/ min 60 saat blok pengecasan |
SMS | RM0.20/ SMS |
MMS | RM0.50/MMS |
Yuran & Pembayaran
1. Bagaimanakah pembayaran untuk pelan Internet pembaharuan automatik bulanan berfungsi?
Pelan Internet pembaharuan automatik bulanan direka untuk memudahkan perjalanan pembaharuan pelan Internet untuk pelanggan. Sebaik sahaja tempoh sah Internet yang dimaksudkan telah luput, pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan diperbaharui secara automatik dan yuran pelan Internet pilihan akan ditolak secara automatik daripada baki akaun utama prabayar pelanggan bagi melengkapkan pembaharuan langganan. Untuk memastikan proses pembaharuan automatik tanpa gangguan, pelanggan perlu memastikan baki kredit mencukupi dalam baki akaun utama.
2. Apa yang berlaku jika saya tidak mempunyai kredit yang mencukupi untuk pembaharuan automatik bulanan?
Semua Pembaharuan Auto Bulanan kecuali Prepaid 5G 35 (Tanpa Had)
Sekiranya baki akaun utama prabayar pelanggan tidak mencapai jumlah yang diperlukan untuk yuran pembaharuan pelan Internet, pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan digantung apabila tamat tempoh. Hanya apabila pelanggan tambah nilai prabayar dan baki kredit utama yang mencukupi, langganan pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan diperbaharui secara automatik dan yuran akan ditolak secara automatik daripada baki akaun utama prabayar pelanggan untuk melengkapkan pembaharuan langganan.
Prepaid 5G 35 (Unlimited)
Sekiranya baki akaun utama prabayar pelanggan tidak mencapai jumlah yang diperlukan untuk yuran pembaharuan pelan Internet, pelan Internet pembaharuan automatik bulanan akan ditamatkan apabila tamat tempoh. Pelanggan perlu melanggan semula pelan pilihan Internet untuk terus menikmati perkhidmatan Internet.
Daftar untuk Juara Keren 5G
Naik taraf daripada pelan Prabayar lain
Tukar dari Pascabayar kepada Prabayar
Port-in
Pembelian Pas Internet
Pelanggan Juara Keren 5G boleh melanggan pass Internet pembaharuan automatik bulanan, Internet tambahan, dan pas sekali melalui saluran berikut:
Aplikasi Celcom Life
Dail *118#
CelcomDigi Stores, bluecube, Celcom dan Digi Stores yang dibenarkan
Kios CelcomDigi
Kitaran Hayat Juara Keren 5G
Status Kitaran Hayat | Keterangan |
Tempoh Aktif (Mengikuti tempoh sah langganan Internet) | Akaun prabayar akan diaktifkan apabila pelanggan Prabayar CelcomDigi:
|
Tempoh Tangguh (60 Hari) | Akaun Prabayar CelcomDigi akan memasuki tempoh tangguh setelah tamat tempoh sah akaun.
Tempoh tangguh berfungsi sebagai perantara untuk pelanggan Prabayar CelcomDigi untuk tambah nilai atau memperbaharui langganan pelan Internet apabila tamat tempoh.
Semasa tempoh tangguh, pelanggan boleh terus menerima panggilan suara dan SMS, tetapi tidak boleh membuat sebarang panggilan suara, menghantar SMS atau menggunakan data mudah alih.
Untuk mengaktifkan kembali akaun prabayar dalam tempoh tangguh, pelanggan dikehendaki melakukan tambah nilai bagi sebarang jumlah. |
Penamatan | Akaun Prabayar CelcomDigi akan ditamatkan sebaik sahaja tempoh tangguh luput. Selepas itu, nombor akaun prabayar (MSISDN) akan dikitar semula selepas akaun Prabayar ditamatkan. |
Keutamaan Penggunaan Data
Internet anda akan digunakan berdasarkan keutamaan berikut bergantung pada kategori Internet yang tersedia pada bila-bila masa:
Internet Freebie
Pas Sekali
Kuota Tambahan
Pas Internet Bulanan
Internet Asas Percuma