1. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan fiber percuma untuk 6 bulan dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baharu?
Pelanggan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE dan CelcomDigi Postpaid 80 & ke atas yang telah berjaya mendaftar, memasang dan mengaktifkan pelan fiber 300Mbps CelcomDigi akan menikmati tawaran percuma ini selama 6 bulan. Untuk maklumat lanjut mengenai fiber CelcomDigi, klik di sini.
2. Bagaimanakah saya boleh menikmati Fiber PERCUMA Seumur Hidup pada pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260?
Fiber Percuma Seumur Hidup akan diberikan untuk pelan fiber yang layak melalui kaedah rebat berjumlah RM139, selagi anda kekal dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260 dan mengekalkan keaktifan pelan fiber anda.
Jika anda belum mempunyai pelan fiber dengan kami pada masa ini, staf kami akan membantu untuk memeriksa liputan fiber di kawasan anda. Jika terdapat liputan yang tersedia, staf kami akan mengaktifkan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260 anda dan mengemukakan permintaan pengaktifan fiber. Setelah fiber dipasang dan diaktifkan, anda akan segera menikmati fiber percuma! Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mendaftar untuk pelan CelcomDigi fiber 300Mbps dengan kontrak 24 bulan.
Jika anda kini mempunyai pelan fiber dengan kami, staf kami akan membantu untuk menukar pelan postpaid anda ke CelcomDigi Postpaid 5G 260 dan menukar pelan fiber anda ke pelan fiber yang layak. Setelah penukaran pelan fiber anda berjaya, anda akan mula menikmati rebat segera.
Untuk kedua-dua senario, sila ambil perhatian bahawa pelan CelcomDigi Fiber 50Mbps, CelcomDigi Fiber 100Mbps, dan pelan fiber bukan CelcomDigi tidak layak untuk fiber percuma.
Jika anda ingin mendaftar untuk pelan fiber dengan kelajuan yang lebih tinggi, anda perlu membayar tambahan RM20/bulan untuk 500Mbps, RM110/bulan untuk 800Mbps, dan RM150/bulan untuk 1Gbps.
Untuk maklumat lanjut mengenai CelcomDigi fibre, klik di sini.
3. Pengaktifan fiber saya gagal tetapi saya sedang melanggan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260. Memandangkan saya tidak mendapat Fiber percuma, bolehkah saya menurunkan taraf pelan saya?
Ya, anda boleh menurunkan taraf pelan anda tanpa caj jika anda tidak mempunyai kontrak aktif pada pelan anda. Namun, jika anda telah mengambil kontrak peranti atau kontrak Freedom Add-Ons, caj penamatan awal akan disertakan jika anda menurunkan taraf pelan anda. Oleh itu, jika anda tidak mempunyai pelan fiber dengan kami pada masa ini, kami menggalakkan agar anda menunggu sehingga fiber anda berjaya diaktifkan sebelum mengambil kontrak pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260 anda.
4. Laman web CelcomDigi tertera bahawa 'Tambahan rebat seumur hidup RM50/bulan' tersedia. Bagaimana saya tahu jika saya layak untuk rebat ini?
Tambahan rebat seumur hidup RM50/bulan untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260 layak untuk pelanggan Celcom & Digi sedia ada. Anda boleh bertanya tentang tawaran ini di cawangan terdekat anda.